Tutorial | Info Komputer Terkini Anda

Tutorial | Info Komputer Terkini Anda Search...
Hot Conversation
    • Cara setting background imej USB Pendrive
    • Cara mudah cipta Folder Rahsia
    • Tukar button
    • Gmail Drive
    • Ketahui apa yang ada dalam CPU?!
    • Tutorial 01 > Memasukkan imej ke imej yang lain
Profil
zaidPengasas Pcislam.Com :
Zaid Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan lain-lain ilmu berkaitan komputer, beliau juga merupakan... baca lagi..
eBook Percuma!
:
:
Recent Comments
Recent Posts
Tag Cloud
  • Tutorial 01 > Memasukkan imej ke imej yang lain

    Assalamualaikum..
    Tutorial Adobe Photoshop yang pertama ini kita akan mempelajari bagaimana untuk memasukkan imej ke dalam imej yang lain.

    Untuk makluman,saya menggunakan perisian Adobe Photoshop versi CS2,fungsi dan caranya lebih kurang sama dengan versi sebelumnya atau versi terkini seperti CS3 & CS4.

    Jom kita mulakan tutorial yang pertama!..saya akan menggunakan 2 keping gambar iaitu :





    Saya ingin meletakkan imej baby (anak saya,nama dia Umair) di imej stadium Chelsea…caranya seperti berikut :

    1 – Buka kedua-dua imej dengan menggunakan Photoshop
    2 – Pertama sekali anda perlu edit imej pertama (gambar baby),klik ikon quick mask di sebelah kanan



    3 – Mula “mengambil/memilih” imej baby Umair dengan menggunakan Brush,dan di tab Swatches, pilih warna hitam..lihat gambarajah di bawah :





    4 – Anda boleh mula mengambil/memilih imej Baby Umair dengan Brush,semasa anda menggunakan mod ini,setiap apa yang anda brush-kan akan menjadi warna merah transparent..anda boleh menggunakan berbagai jenis saiz Brush mengikut kesesuaian,yang penting,pastikan anda memilih atau lebih mudah lg mewarna bahagian yang ingin di letakkan ke dalam imej kedua.



    5 – Setelah siap, klik ikon standard mode di kiri ikon quick mask mode seperti rajah dalam no 2
    6 – Kemudian pilih Select > Inverse. Anda akan dapati hanya imej baby Umair sahaja akan terpilih tanpa latarbelakang karpet dan sofa.



    7 – Selepas itu pilih edit > Copy
    8 – Pilih imej Stadium Chelsea dan di imej ini anda pilih edit > Paste
    9 – Hasilnya seperti ini :



    Selamat mencuba!..:-)

8 Comments

  1. macam best je..

    tapi x de adobe photoshop argh..

    Reply
  2. macam mane nk copy gambar lain? maknanye, ade dua tiga gambar yang kita nak edit… sebab, bila ana copy satu gambar dan nak copy gambar lain, tak keluar COPY utk copy gambar kedua… hanya ada PASTE (untuk gambar pertama) pada bar EDIT…

    Reply
    • untuk edit hanya boleh copy satu gambar shj,gambar kedua dan seterusnya kena copy berasinngan..tp jika semua gambar ada dalam satu layer,anda boleh copy semua gambar serentak,caranya select gambar yg nk di edit,kemudian klik EDIT => COPY MERGED atau SHIF+CTRL+C.

      Setakat ini ilmu yang saya tahu,jika ada perkmbangan trkini insyaAllah saya akan kongsikan brsama.

      Reply
  3. salam..nk taye awk th x mcm nak buat online image editor@penyunting imej atas talian…sy kene buat projek nie..tp xth nak buat mcm mn..sy kene guna flash..adobe photoshop sy dh th gunakan…

    Reply
    • salam..maaf saya tkda pngalaman dlm bab ni (programming) dan hanya tahu serba sedikit sahaja penggunaan Flash. cuma stakat yg saya tahu kalau nak buat online software (flash) kena convert dan edit dengan Visual Basic.. blh juga convert dan edit ke XHTML / CSS. Mungkin blh cuba cara ini untuk projek saudari..terima kasih.

      Reply
  4. bagus.. tp utk cut paste image juga kita boleh guna lasso tool..n byk cara lagi..

    Reply
  5. #7 eliasak b saad says:
    May 19th, 2012 at 11:53 pm

    SYA NK CBA

    Reply
  6. mengapa tidak:)

    Reply

Leave a Comment

Search
Promosi Terkini!
Archives
Categories
Produk Hebat!
Panduan Mudah FTP Tidak tahu cara upload laman web ke server? dapatkan eBook Panduan mudah FTP sekarang! klik disini sekarang! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem EzSurvey Awas! jangan mulakan projek bisnes internet anda sebelum melakukan langkah WAJIB!! klik untuk maklumat lanjut! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem DPP Sistem perlindungan laman download produk digital anda............ Dapatkan sekarang!
Promosi Hebat!