Tutorial | Info Komputer Terkini Anda

Tutorial | Info Komputer Terkini Anda Search...
Hot Conversation
    • Cara setting background imej USB Pendrive
    • Cara mudah cipta Folder Rahsia
    • Tukar button
    • Gmail Drive
    • Ketahui apa yang ada dalam CPU?!
    • Tutorial 01 > Memasukkan imej ke imej yang lain
Profil
zaidPengasas Pcislam.Com :
Zaid Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan lain-lain ilmu berkaitan komputer, beliau juga merupakan... baca lagi..
eBook Percuma!
:
:
Recent Comments
Recent Posts
Tag Cloud
  • Pengenalan Adobe Photoshop

    Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.

    Kemudahan Photoshop

    Toolbox
    Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.

    Palettes
    Dua jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:

    1 - History
    History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.

    2 - Layer
    Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.

    Cukup setakat ini untuk pengenalan Adobe Photoshop,insyaAllah saya akan sambung lagi di entry yang akan datang.



Comments are currently closed. Comments are currently closed.
Search
Promosi Terkini!
Archives
Categories
Produk Hebat!
Panduan Mudah FTP Tidak tahu cara upload laman web ke server? dapatkan eBook Panduan mudah FTP sekarang! klik disini sekarang! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem EzSurvey Awas! jangan mulakan projek bisnes internet anda sebelum melakukan langkah WAJIB!! klik untuk maklumat lanjut! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem DPP Sistem perlindungan laman download produk digital anda............ Dapatkan sekarang!
Promosi Hebat!