Tutorial | Info Komputer Terkini Anda

Tutorial | Info Komputer Terkini Anda
Featured Video
Hot Conversation
    • Cara setting background imej USB Pendrive
    • Tukar button
    • Cara mudah cipta Folder Rahsia
    • Gmail Drive
    • Ketahui apa yang ada dalam CPU?!
    • Tutorial 01 > Memasukkan imej ke imej yang lain
Profil
Zaid bin Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan perniagaan Internet, beliau juga merupakan... baca lagi..
eBook Percuma!
:
:
Recent Comments
Recent Posts
Tag Cloud
Recent visitor
  • My Profil

    Assalamualaikum..Terima kasih kerana melayari pcislam [dot] com.

    Sebelum itu biar saya perkenalkan diri saya dahulu.

    Nama saya Zaid bin Anuar, dilahirkan pada tahun 1986, kini sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya pernah belajar di Pusat Pengajian Taman Islam,Al-imam International Institute,University of Mu’tah Jordan dan British Council Jordan. Kini dalam perancangan untuk menyambung pengajian peringkat sarjana (MA).

    Tujuan saya menerbitkan PcIslam [dot] com adalah ingin berkongsi sedikit ilmu seperti grafik Photoshop, informasi, teknologi terkini, windows trik, tip komputer, perniagaan internet dan lain-lain berkaitan komputer. Saya bukanlah pakar dalam bidang komputer dan masih baru dalam bidang ini, dengan pengajian saya dahulu berkaitan Undang-undang Syariah Islamiah, ianya bukan menjadi penghalang kepada saya untuk menceburkan diri ke dalam bidang yang luas ini, tetapi dengan sedikit ilmu yang ada di dada ini akan saya kongsikan bersama. Matlamat saya supaya semua orang islam celik IT dan mahir komputer dan yang terpenting biarlah kita menerajui bidang ini demi Islam yang tercinta. Terus terang saya katakan yang saya ini tidak mempunyai kepakaran mahupun pengalaman di dalam penulisan,tetapi saya tidak akan menjadikan ianya sebagai alasan dan akan cuba untuk menyampaikan ilmu berkaitan IT selagi termampu dengan penulisan yang mudah difahami insyaAllah..baca lagi……

    Semenjak di bangku sekolah, saya amat meminati perniagaan, bercita-cita dan memasang impian mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya.

    Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2006, saya mengambil keputusan untuk berdikari dengan menjalankan perniagaan Agensi Pelancongan HZ Travel & Tours bersama sahabat saya Hazimin Sulaiman sesuai dengan aktiviti saya yang suka mengembara dan melancong, sehinggalah pada akhir tahun 2008, saya mula mengenali perniagaan internet dan mula belajar selok belok mengenainya dan menjadikannya perniagaan sampingan saya selepas Agensi Pelangcongan, sehingga kini saya masih lagi belajar mengenai perniagaan Internet dan Komputer,dan akan belajar,belajar…dan akan terus belajar selagi terdaya,berikut adalah antara perniagaan yang saya usahakan :

    HZ Travel & Tours

    Agensi perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negeri. Pelbagai pilihan destinasi menarik yang kami tawarkan seperti China-Indonesia-Thailand-Hongkong-Turkey-Jordan-Syria-Yemen – Greece – Egypt dan banyak lagi destinasi menarik yang pastinya akan memberi pengalaman manis buat anda.

    Zanuara Hosting

    Sebuah website perkhidmatan hosting dan nama Domain, menawarkan pakej – pakej yang mampu dimiliki oleh semua. Setiap pakej hosting didatangkan bersama Jaminan Pulangan Wang dalam 30 hari dan Uptime 99.9% – dijamin! Zanuara Hosting adalah paling tepat untuk apa saja tujuan anda!

    Nasihat saya..biar apapun pekerjaan yang kita jalankan,tanpa usaha anda tidak akan berjaya,tanam matlamat yang besar serta tetapkan matlamat dan bertindak,jangan goyah dalam pendirian..ingat! perkara yang paling penting sekali adalah jangan sesekali abaikan perintah Allah s.w.t,tanpanya hidup kita tidak ada barakah.

    Pastikan anda sentiasa mengunjungi laman Pcislam [dot] com untuk mendapatkan informasi komputer terkini, Windows trik, Tips komputer, perniagaan internet, tutorial grafik photoshop..dan banyak lagi ilmu berkaitan komputer.

    Salam perkenalan.

    ZAID ANUAR

Search
Promosi Terkini!
Archives
Categories
Produk Hebat!
Panduan Mudah FTP Tidak tahu cara upload laman web ke server? dapatkan eBook Panduan mudah FTP sekarang! klik disini sekarang! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem EzSurvey Awas! jangan mulakan projek bisnes internet anda sebelum melakukan langkah WAJIB!! klik untuk maklumat lanjut! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem DPP Sistem perlindungan laman download produk digital anda............ Dapatkan sekarang!
Promosi Hebat!
Panduan eBiz