Tutorial | Info Komputer Terkini Anda

Tutorial | Info Komputer Terkini Anda
Featured Video
Hot Conversation
    • Cara setting background imej USB Pendrive
    • Tukar button
    • Cara mudah cipta Folder Rahsia
    • Gmail Drive
    • Ketahui apa yang ada dalam CPU?!
    • Tutorial 01 > Memasukkan imej ke imej yang lain
Profil
Zaid bin Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan perniagaan Internet, beliau juga merupakan... baca lagi..
eBook Percuma!
:
:
Recent Comments
Recent Posts
Tag Cloud
Recent visitor
  • Tambah folder di ’send to’

    Written by zanuara 1 Comment
    Last Updated:: September 1, 2009

    Tambah Folder di ‘Send To’

    Dengan cara ini ianya akan mempercepatkan kerja anda, contohnya,katakan anda mempunyai satu folder yang kerap anda gunakan seperti folder ‘pictures’, setiap kali anda mahu simpan gambar di dalam folder ‘pictures’, anda perlu copy & paste. Tetapi dengan adanya kemudahan ’send to’, anda tidak perlu lagi copy & paste untuk simpan atau memindahkan sesuatu dokumen ke dalam folder kegemaran anda!. Apa yang perlu anda lakukan adalah klik pada dokumen yang ingin anda simpan dalam folder kegemaran anda, dan pilih ’send to >> folder anda’, dokumen anda akan tersimpan secara automatik!.

    Bagi anda yang masih kurang jelas dengan fungsi ’send to’, cuba anda klik kanan pada mana-mana dokumen dan pilih ’send to’, anda akan dapati ada 5 folder dan drive yang sudah tersedia dalam windows anda, antaranya :

    * Compressed (zipped) Folder
    * Desktop (create shortcut)
    * Mail Recipient
    * My Documents
    * CD Drive

    Untuk menambah folder di ruangan ’send to’, anda perlu melakukan sedikit konfigurasi pada windows anda, ianya amat mudah untuk dilakukan, sila ikut setiap langkah yang akan saya tunjukkan di bawah ini :

    1)- Buat satu folder baru dan namakan folder anda kepada nama kegemaran anda, sebagai contoh saya akan namakan folder sebagai ‘Pcislam Documents

    2)- Klik START >> RUN
    3)- Taipkan [sendto] dan klik OK, kemudian anda akan dibawa ke folder ’send to’

    4)- Klik kanan pada mana-mana bahagian dalam folder ’send to’, pilih NEW >> Shortcut
    5)- Kemudian Browse kan folder yang anda buat tadi dan klik NEXT >> FINISH
    6)- SIAP!..mudah kan!..:-)

    Langkah seterusnya, bagi memastikan yang anda telah berjaya menambah folder dalam ’send to’, klik kanan mana-mana dokumen dan lihat pada ‘Send To’, hasilnya seperti ini :

    Selamat Mencuba!

1 Comment

  1. Alhamdulillah,
    Sudah lama saya mencari kaedah ini. Baru sekarang saya berjumpa. Tak begitu susah rupanya.

    Reply

Leave a Comment

Search
Promosi Terkini!
Archives
Categories
Produk Hebat!
Panduan Mudah FTP Tidak tahu cara upload laman web ke server? dapatkan eBook Panduan mudah FTP sekarang! klik disini sekarang! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem EzSurvey Awas! jangan mulakan projek bisnes internet anda sebelum melakukan langkah WAJIB!! klik untuk maklumat lanjut! ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Sistem DPP Sistem perlindungan laman download produk digital anda............ Dapatkan sekarang!
Promosi Hebat!
Panduan eBiz