- syakirin on Cara setting background imej USB Pendrive
- fitrie on Convert ke PDF
- syeeda ajmal on Ketahui apa yang ada dalam CPU?!
- Man84 on Letak gambar di My Computer Properties
- Man84 on Cara mudah cipta Folder Rahsia
- alizra on Cara mudah cipta Folder Rahsia
- alizra on Multiple emel dalam satu akaun Gmail
-
Cara mudah cipta Folder Rahsia
Adakah anda mempunyai fail dokumen penting? tapi tidak tahu hendak simpan di mana, dan bimbang dokumen anda diceroboh oleh pihak lain, atau anda telah mencuba pelbagai jenis perisian untuk kunci dokumen penting, tetapi hampa kerana kesemuanya gagal. saya pasti ramai yang telah mencuba pelbagai jenis perisian untuk kunci folder penting (Folder Locker), kebanyakan perisian disyaratkan supaya anda membeli lesen, ada juga perisian percuma.Kini anda boleh kunci folder penting tanpa menggunakan sebarang perisian! anda hanya perlu masukkan beberapa kod mudah, selepas itu anda boleh simpan pelbagai maklumat penting dan rahsia di dalam folder yang telah anda setkan password, hanya anda seorang sahaja yang dapat akses ke folder tersebut!
Di bawah ini adalah langkah untuk mencipta Folder Locker :
1)- Buat folder baru dan namakannya kepada Locker

2)- Muat turun atau copy kesemua kod dalam link di bawah
Download >> Folder Locker Code3)- Paste kan kesemua kod ke dalam fail Notepad
4)- Tukarkan “taip password anda di sini” kepada password anda sendiri :

5)- Kemudian save fail Notepad tadi, pilih nama fail mengikut nama kegemaran anda, dan di akhirnya tambahkan .bat (contohnya : folder-rahsia.bat)

6)- Hasilnya anda akan lihat dua fail yang telah anda cipta, folder dan fail BAT :

7)- Untuk kunci folder, anda hanya perlu Double klik pada fail BAT (Notepad), taip Y dan tekan ENTER

8)- Manakala untuk membuka folder yang telah anda kunci, Double klik fail BAT (Notepad), kemudian masukkan password anda dan tekan ENTER

Selesai!..kini anda boleh simpan segala data-data dan maklumat penting ke dalam Folder Rahsia yang telah anda cipta. Mudah kan? tanpa menggunakan sebarang perisian!
Selamat Mencuba!..:-)







Pengasas Pcislam.Com :




February 7th, 2012 at 8:19 pm
bagus2. sy dah de folder rahsia tue
February 7th, 2012 at 11:11 pm
lepas ni blh la simpan dokumen rahsia/peribadi dalam folder tu.
February 7th, 2012 at 9:17 pm
Terima kasih, satu tutorial yang amat berguna
February 7th, 2012 at 11:12 pm
sama-sama, terima kasih kerana brkunjung ke sini.
February 7th, 2012 at 8:03 pm
I read a few topics. I respect your work and added blog to favorites.
February 7th, 2012 at 2:20 am
salam..
ust maaf m’g'gu dn bertanye..
kalau kite terdelete fail bat..
mknenyer folder rahsia kite juga hilang ye..?
syukran atas perkongsian mklumat..
moga Allah mnambahkan lg ilmu ust..amiin
February 7th, 2012 at 4:19 am
Salam..
Kalau terdelete fail BAT, folder rahsia tu msih tersimpan, tapi tersembunyi, untuk membuka semula folder rahsia seleps terdelete fail BAT, copy semulaa semua kod BAT, dan paste kan dlm notepad, kemudian savekan kepada nama fail BAT yg dh terdelete sebelum ini..
(katakan fail sebelum ni folder-saya.bat….save kan sama macam nama fail BAT sebelum ni, kemudian klik fail BAT yg telah anda save tdi, insyaAllah folder rahsia yg tersembunyi tu akan muncul semula.)
February 7th, 2012 at 8:15 pm
salam..
ape bezanya folder rahsia ni dengan kita hidden kan folder kita? (right click pada folder >properties> hidden)
February 7th, 2012 at 11:28 am
maff nak bagi pendapat, folder lock ni ada kelemahan.. orang lain boleh tengok password kita apabila bla bla bla…..
February 7th, 2012 at 1:12 am
yup..folder ni mmg ada kelemahan..untuk tutup kelemahan tu mungkin boleh hide kan icon locker..^^
February 7th, 2012 at 12:33 am
yupz.. ad kelemahan.. ^^
February 7th, 2012 at 10:45 pm
boleh ke kalau kita tukar “LOCKER” tu kepada perkataan lain? Ada masalah tak buat nama lain tu? Sebab sebelum ni, saya pernah buat dua folder di tempat yang sama. Bila muncul dua folder locker di tempat yang sama, semua dokumen dalam fail locker hilang… tak ingat sama ada satu sahaja atau dua2 sekali yang dalam folder tersebut… sebab dah lama terjadi…
Bila macam tu, saya cuba berkali-kali… dan perkara yang sama juga berlaku…
Jadi, saya terpaksa memindahkan fail atau meletakkan folder dalam folder… =)
February 7th, 2012 at 4:32 pm
Salam…Thanks Ustaz..Setiap ilmu yang diberikan saya ucapkan terima kasih..Cuma kita sedia maklum ape yang dicipta manusia ada batasannya..Atleast kita ada usaha untuk mencuba sesuatu yang baru.
February 7th, 2012 at 12:12 am
salam..cik sy nk tny sy da cube buat folder ni…tp knape ble sy double klik nk bkk file bat(notepad)2…dialog box utk taip password xkluar…dei hny kluar smase kte double klik shj…tnpa smpt sy utk menaip pasword…
February 7th, 2012 at 1:43 pm
salam. saya dah berjaya mbuat folder rahsia. Masalahnya bila saya topup file dalam folder tu, dah xbole nak lock folder tu. Nape yer? Adakah penggunaan folder tu hanya untuk sekali?
February 7th, 2012 at 12:07 am
Salam ustaz, terima kasih ilmu-ilmu yg telah ustaz kongsikan…amat berguna…