-
Pasang alarm AZAN di PC
Anda mungkin sibuk bekerja ataupun belajar dan lupa dengan waktu solat. Anda mungkin ada jam dan juga rakan yang mengingatkan anda waktu solat,tetapi adalah lebih baik diingatkan lebih daripada sekali termasuk PC anda di pejabat/bilik. Anda boleh dapatkan perisian Azan daripada Islamic Finder www.islamicfinder.org dan pasangkan perisian ini kepada PC anda. Terdapat 2 versi berbayar dan percuma. Sebagai permulaan gunakan sahaja versi percuma dahulu.
Setelah tamat pemasangan,sebuah tetingkap aplikasi berwarna biru muda akan muncul,jika tidak muncul pergi ke Start dan ke Athan. Klik ikon tersebut untuk menjalankan perisian Athan. Setkan negara,negeri dan daerah mana yang anda menetap. Secara automatik lampiran waktu azan akan muncul mengikut daerah yang anda duduki.

Di dalam perisian ini,anda boleh rujuk jadual waktu solat di seluruh dunia yang merangkumi hampir 6 juta bandar, tak kira di mana anda berada,anda boleh menggunakan perisian Athan ini.
Semoga dengan adanya kemudahan perisian ini ianya dapat membantu anda mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan menyegerakan solat sebaik sahaja masuk waktu.







Zaid bin Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan perniagaan Internet, beliau juga merupakan...

