- syakirin on Cara setting background imej USB Pendrive
- fitrie on Convert ke PDF
- syeeda ajmal on Ketahui apa yang ada dalam CPU?!
- Man84 on Letak gambar di My Computer Properties
- Man84 on Cara mudah cipta Folder Rahsia
- alizra on Cara mudah cipta Folder Rahsia
- alizra on Multiple emel dalam satu akaun Gmail
-
Kemudahan e-kamus Google
Berita baik buat warga Malaysia, Google Translate telah melancarkan kemudahan penterjemahan dalam bahasa Melayu, jika sebelum ini hanya bahasa indonesia sahaja yang hampir dengan bahasa Melayu. Kini para pengguna internet di Malaysia dapat menggunakan e-kamus google ini untuk mencari makna perkataan dari bahasa inggeris ke bahasa Melayu.
Penggunaan e-kamus Goolge bukan hanya terhad kepada bahasa inggeris sahaja, kerana Google Translate telah menyediakan hampir 50 bahasa di seluruh dunia yang boleh kita terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Untuk ke laman Google Translate taip http://translate.google.com/#.


Petikan ayat dari laman Yahoo World News

Hasil terjemahan dari ayat di atas
Lihat gambarajah di atas, saya telah copy satu baris ayat dari laman Yahoo World News dan terjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Walaupun terjemahannya agak pelik dan melucukan, tapi bagi saya ianya sudah mencukupi untuk kita faham maksud ayat tersebut.
Anda juga boleh menggunakan Goole Translate ini untuk menterjemah dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, tetapi AWAS! jangan ambil bulat-bulat ayat yang telah diterjemahkan untuk buat karangan! kerana grammar nya memang berterabur, alamatnya lintang pukang la ayat karangan anda nanti..:-)
Di bawah ini adalah senarai bahasa yang boleh digunakan di Google Translate :

InsyaAllah dengan adanya kemudahan ini dapat membantu anda mempelajari bahasa terutamanya bagi mereka yang kurang mahir bahasa inggeris atau yang ingin belajar bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab.
Selamat Mencuba..:-)
p/s : Gunakan peluang keemasan akhir Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah.







Pengasas Pcislam.Com :


May 19th, 2012 at 10:32 am
bagus betul ade google translate ni..
May 19th, 2012 at 11:51 am
sye dh lame gune google translate, bru harini prasan rupe-rupenye dh ade translate ke dalam BM..hihi thanks for ur information.
May 19th, 2012 at 8:41 am
salam..saya juga dh lame guna google translator ni..tp masa tu yg ada hanyalah bahasa indonesia…klu translate dari bahasa inggeris or arabic kepada indonesia,lagilah melucukan…n ntah hapa2 makna dia…maybe adanya B.melayu ini oklah skit agaknya wlupun ada skit2 yg lintang-pukang…janji kita faham…ngeh3
May 19th, 2012 at 9:59 am
bagus btul