-
5 Plug-in popular untuk Firefox Browser

Browser Firefox merupakan pelayar web yang paling mendapat sambutan pengguna internet di seluruh dunia, bagi pengguna firefox mungkin anda semua sudah sedia maklum yang firefox memiliki banyak kemudahan Plug-in tambahan.
Plug-in?! Plug-in adalah alat tambahan yang boleh dipasang pada browser Mozilla Firefox untuk menambah kemampuan atau fasilitas tertentu, ianya akan meningkatkan kemudahan penggunaan internet dan meningkatkan paparan pelayar internet.
Terdapat ribuan Plug-in pelayar web Firefox di internet yang boleh anda muat turun dan pasang secara percuma! dalam banyak-banyak plug-in yang ada di internet, ada 5 plug-in firefox yang sangat popular yang digunakan oleh kebanyakan pengguna internet di seluruh dunia!
Berikut adalah 5 Plug-in :
1)- Fire Uploader
Dengan plug-in ini,anda dapat meng-upload atau men-download video atau gambar daripada laman popular seperti Youtube, Google Picasa Album, Flickr dan Facebook. Plug-in ini juga sangat mesra pengguna.Sila klik link ini untuk muat turun plug-in Fire Uploader

2)- Autocopy
Dengan menggunakan Plug-in ini, firefox akan secara automatik menyalin text yang telah dipilih, kita tidak perlu tekan ctrl+C atau klik Copy. Ianya amat mudah dan menjimatkan masa.Sila klik link ini untuk muat turun plug-in Autocopy

3)- Gmail Manager
Bagi pengguna email Gmail, plug-in ini sangat berguna. Dengan plug-in ini, anda boleh memantau emel yang masuk ke inbox emel anda, berikut adalah ciri-ciri menarik yang ada pada plug-in ini :- Login secara automatik hanyak dengan satu klik.
- Menampilkan jumlah emel yang belum dibaca dalam peti masuk (inbox)
- Senarai 10 mesej baru
- Memberi mesej / amaran jika ada emel baru yang akan masukSila klik link ini untuk muat turun plug-in Gmail Manager

4)- IE tab (internet explorer)
Sesetengah laman web hanya boleh diakses dengan pelayar web IE, kini Firefox menawarkan plug-in IE TAB, dengan plug-in ini, anda boleh membuka tab baru yang merupakan tab IE pada pelayar Firefox tanpa perlu membuka tetingkap IE.Sila klik link ini untuk muat turun plug-in IE Tab

5)- Foxmarks
Bagi anda yang sering mengguna komputer yang berbeza, plug-in ini memungkinkan anda untuk mengakses bookmark di komputer manapun yang anda guna, plug-in yang akan menyimpan salinan bookmark di server atau pelayan Firefox.







Zaid bin Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan perniagaan Internet, beliau juga merupakan...

