-
Password Hebat!
Bagi pengguna komputer dan internet, pasti anda mempunyai lebih dari satu password atau kata laluan rahsia, tetapi adakah password yang anda gunakan benar-benar kuat? adakah anda yakin password yang anda gunakan tidak akan dicerobohi oleh pihak ketiga?
Jika anda menggunakan perkhidmatan Online Banking, anda memerlukan password yang benar-benar kuat untuk mengelakkan akaun bank anda dari dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Password yang lemah akan terdedah kepada bahaya. Sering menjadi masalah kepada pengguna untuk mengingati password yang unik. Jadi bagaimana cara untuk mencipta password yang kuat, tetapi mudah untuk diingati?

Saya akan tunjukkan beberapa kaedah mudah bagaimana mencipta password yang kuat.
Berikut adalah tip mencipta password rahsia yang kuat dan mudah untuk diingati :
1)- Cipta password sekurang-kurangnya 8 hingga 16 perkataan
2)- Campur adukkan password anda dengan perkataan dan nombor,di hujung atau di awalnya letakkan simbol.. contohnya : 0000contoh/
3)- Untuk memudahkan anda mengingati password yang anda cipta, gunakan tiga huruf pertama atau terakhir dari username anda, contohnya katakan username anda BLOGSAYA, buat password anda seperti ini Blo999//.
Perhatikan password di atas (Blog999//), huruf pertama saya menggunakan huruf besar diikuti dengan nombor dan simbol. password sebegini amat sukar untuk dicerobohi.
4)- Anda juga boleh mencipta password dengan menggunakan tarikh lahir anda. AWAS!! JANGAN MENGGUNAKAN TARIKH LAHIR ANDA 100% TANPA PERKATAAN LAIN DALAM PASSWORD ANDA!
Untuk menggunakan tarikh lahir sebagai password, campurkan tarikh lahir dengan username anda atau lain-lain perkataan secara selang seli, dan di akhirnya tambahkan beberapa simbol contohnya : katakan tarikh lahir anda 28/8/1988 dan username anda MYGOOGLE. m + 28 + y + 8 + goo + 19 + gle + 88 + ?.. password anda seperti ini = m28y8goo19gle88?
5)- Cipta pasword hebat dengan clue kegemaran anda, katakan clue seperti ini (Saya Mesti Berusaha Bersungguh Sungguh Demi Mencapai Kejayaan Dunia Dan Akhirat) password = SMBBSDMKDDA , kalau nak nampak hebat lagi, tambahkan simbol dan selang selikan dengan huruf besar dan kecil = /#SmBBsDmKdDA%
Selain itu, bagi memastikan password anda benar-benar kuat, anda boleh periksa password yang anda cipta dengan menggunakan Microsoft online PASSWORD CHECKER
Ada empat kritirea password :
1)- WEAK
2)- MEDIUM
3)- STRONG
4)- BEST
Pastikan password yang anda cipta mencapai kritirea tiga (STRONG) dan empat (BEST), jika password yang anda cipta berada pada tahap WEAK dan MEDIUM, ianya adalah password yang lemah.

Anda juga bebas untuk mencipta password sendiri dengan menggunakan kretiviti idea anda, kelima-lima kaedah di atas hanyalah idea saya sahaja. Dari 4 kaedah di atas anda boleh cabangkan lagi kaedah bagaimana untuk mencipta password yang kuat tetapi mudah untuk diingati.







Zaid bin Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan perniagaan Internet, beliau juga merupakan...

