-
Downloading – Uploading – Installing &...
Downloading, Uploading, Installing dan Uninstalling adalah empat perkataan yang paling popular dan paling banyak digunakan dalam komputer serta dunia cyber. Saya pasti bagi mereka2 yang sudah biasa dengan komputer tahu akan maksud keempat-empat perkataan tadi,tapi saya juga pasti masih ramai lagi yang tidak mengetahui maksud sebenar keempat-empat perkataan tersebut.
insyaAllah saya akan cuba terangkan secara ringkas mengenainya supaya anda tidak keliru maksud dan fungsi keempat-empat perkataan tadi :
——————————————————————–
Downloading (anda dapat fail) :
Bila kita copy fail dari komputer lain atau dari rangkaian internet (internet network) yang lain ke komputer kita ianya dipanggil Downloading. Jika anda semua pernah download berbagai jenis fail dari internet seperti blog template,wallpaper dan lain2..itulah yang dinamakan DOWNLOADING, anda mengambil sesuatu fail dari internet atau komputer kemudian anda simpan di komputer anda.
——————————————————————–
Uploading (anda menghantar fail) :
Uploading berlawanan dengan Downloading, Downloading anda dapat fail,tetapi Uploading anda menghantar fail dari komputer anda ke komputer lain atau ke rangkaian internet yang kemudian akan disimpan di web store. Contohnya Jika anda merupakan member laman social networking seperti Friendster atau Facebook, saya pasti anda mempunya photo album di laman tersebut. Proses pemindahan gambar dari komputer anda ke Laman Fiendster atau Facebook itu dinamakan UPLOADING.
——————————————————————–
Installing (anda memasang perisian di komputer) :
Kebanyakan pengguna komputer masih keliru antara Downloading dengan Installing. Bila anda download sesuatu program atau perisian ke komputer, anda tidak boleh terus menggunakannya, anda perlu pasang program yang telah anda download tadi ke komputer terlebih dahulu, setelah selesai baru anda boleh menggunakannya, proses inilah yang dinamakan INSTALLING.
——————————————————————–
Uninstalling (anda membuang perisian yang telah anda pasang di komputer) :
Uninstalling pula berlawanan dengan Installing, setiap perisian atau program yang telah anda pasang di komputer ada fungsi Uninstalling, jika tiada anda boleh ke control panel dan klik Add/Remove program untuk buang perisian yang anda tidak perlukannya lagi. Di dalam Add/Remove program terdapat semua perisian atau program yang telah anda pasang. Jika anda tidak perlukannya,anda boleh buang perisian tersebut dari komputer anda,proses inilah dinamakan UNINSTALLING.
——————————————————————–
Diharap dengan sedikit maklumat ringkas ini dapat membantu anda memahami fungsi keempat-empat perkataan yang sering digunakan di dalam dunia IT.. Jika anda masih keliru boleh hubungi saya, insyaAllah saya akan cuba bantu setakat yang termampu.







Zaid bin Anuar, graduan University Mutah Jordan, memilih untuk berkongsi pengalaman berkaitan ilmu komputer, motivasi, grafik design dan perniagaan Internet, beliau juga merupakan...

